BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
"The best teacher teaches from the heart not from the book"





Tuesday, March 24, 2015

Assalamu'alaikum wrwb.

Allah lorongkan jika kita ikhlas...

Memang sudah lama bonda tidak menulis di blog ini. Kesibukkan dan tumpuan kepada mesej-mesej dalam wapps dan telegram telah mengambil alih masa bonda. Namun usai solat subuh pagi ini, ilham mencurah datang. Alhamdulillah.

Tazkirah pagi daripada seorang rakan dalam wapps:

Ali ibn Abi Thalib pernah berkata, "Janganlah kamu gelisah kerana sedikitnya amal akan tetapi fikirkanlah apakah amal tersebut diterima, sebab Rasulullah pernah berkata kepada Mu'adz bin Jabal yang maksudnya:
"Ikhlaslah dalam beramal maka Allah akan membalas amal kamu walaupun sedikit" (Riwayat Ad-Dailami)

Kata-kata ini mengingatkan bonda betapa baiknya Allah SWT kepada kita dan bagaimana Allah melorongkan kita mencapai hajat apabila kita ikhlas. Banyak sekali pengalaman dalam kehidupan yang dilalui bagaimana Allah permudahkan laluan hajat yang bonda rasa perlu dikongsikan sebagai inspirasi kepada pembaca. InsyaAllah bonda akan nukilkan pengalaman-pengalaman tersebut dalam masa terdekat. Maaf noktah dulu. Masa untuk ke kantor! Wassalam.