I might be old but I'm young at heart so that my spirit for Islam is strong and alive though even after I die...hope it will still live in the hearts of many.
Adakah hati kita indah dan ceria seperti bunga-bunga ini?
Menuju fajar baru......
"Kalau kita mahu berjaya, kunci pertama adalah jujur. Dengan bermodalkan kejujuran, orang akan percaya kepada kita. Kedua, profesional. Kita harus cekap sehingga siapa pun yang memerlukan kita merasa puas dengan apa yang kita kerjakan. Ketiga, inovatif. Ertinya, kita harus mampu menciptakan sesuatu yang baru, jangan hanya menciplak atau meniru yang sudah ada." (K.H. Abdullah Gymnastiar. 2005. Aa Gym dan Fenomena Daarut Tauhid.Penerbit Mizan, Bandung)
"Tugas kita sebagai daie adalah seperti tugas pegawai letrik yang mengalirkan kekuatan dari sumbernya ke setiap hati orang muslim agar sentiasa bersinar dan menerangi sekelilingnya." (Abbas As-Sissy. 2006. Bagaimana Menyentuh Hati. Era Intermedia, Solo). Judul asal: At-Tariq ilal Qulub
"Kesihatan harus dijaga, sedang penyakitnya harus segera dirawat. Kalau kita sudah mengetahui bahawa sihatnya hati adalah dengan keimanan, kita harus membinanya, iaitu dengan menambah ilmu yang bermanfaat dan membanyakkan amal saleh. Itulah yang menjadi santapan hati." (Ibnu Taimiyyah. 2005. Gerak-Gerik Qalbu. Pustaka Hidayah, Bandung) Judul asal: At-Tuhfah al-"Iraqiyyah fi al-A'mal al-Qalbiyyah waYyusliha Amradh al-Qulub wa Syifa'uha
"Ingatlah, Allah tidak memberi kita air susu, kecuali jika susu tersebut bersih dan jernih. Apakah kita akan memberiNya amal yang tercampur." (Amru Khalid. 2006. Hati Sebening Mata Air. Aqwam, Solo.) Judul asal: Islahul Qulub
Cermin diri
Adakah dunia di tanganmu atau dihatimu?
Ikhlas
Perhatikan burung!
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepadamu seperti Dia memberi rezeki kepada burung; ia perg di pagi hari dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang. (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)
0 comments:
Post a Comment